Selasa, 1 Jun 2010

TERKILAN...semoga PM mengambil tindakan yang betul


Rombakan kabinet yang baru, menyaksikan kebanyakan Timbalan Menteri yang dilantik terdiri daripada mereka yang bergelar senator daripada MCA dan SUPP. Walaupun sedikit terkilan kerana pada pendapat CCTV, MCA hanya berhak mendapat kedududkan ini sekiranya mereka BERJAYA meraih kembali SOKONGAN Pengundi Cina, namun sebagai Rakyat Malaysia yang menyokong penuh pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, CCTV mengharapkan tindakan yang di ambil Najib ini adalah TEPAT !

Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Baru

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Berikut senarai menteri dan timbalan menteri baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

* Datuk Seri Kong Cho Ha -- Menteri Pengangkutan (jawatan lama: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)


* Datuk Wira Chor Chee Heung -- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (jawatan lama: Timbalan Menteri Kewangan)


* Datuk Rohani Abdul Karim -- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (jawatan lama: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)


* Jelaing Mersat -- Timbalan Menteri Pengangkutan (jawatan lama: Timbalan Menteri Dalam Negeri)


* Datuk Lee Chee Leong -- Timbalan Menteri Dalam Negeri (jawatan lama: Timbalan Menteri Luar)


* Senator Heng Seai Kie -- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (jawatan lama: Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan)


* Senator Datuk G. Palanivel -- Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (pelantikan baru)


* Datuk Richard Riot Jaem (Anggota Parlimen Serian) -- Timbalan Menteri Luar Negeri (pelantikan baru)


* Chua Tee Yong (Anggota Parlimen Labis) -- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (pelantikan baru)
* Senator Datuk Donald Lim Siang Chai -- Timbalan Menteri Kewangan (pelantikan baru)


* Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz -- Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (pelantikan baru)


* Senator Gan Ping Sieu -- Timbalan Menteri Belia dan Sukan (pelantikan baru).
-- BERNAMA