Isnin, 20 Jun 2011

CARA KOTOR RAMPAS KUASA !!!

Satu Perhimpunan HARAM cuba dianjurkan oleh satu kumpulan yang mendakwa bahawa mereka terdiri daripada gabungan 63 NGO yang KONONnya mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Ini adalah SATU cara KOTOR yang diatur bagi MERAMPAS KUASA dan MELUMPUHKAN SISTEM DEMOKRASI BERPELEMBAGAAN yang selama ini kita junjung.
8 tuntutan Perhimpunan HARAM ini dilihat tidak RASIONAL dan mempunyai MOTIF disebaliknya bukan seperti yang disuarakan.

Mereka menuntut agar Senarai Pengundi dibersihkan sepenuhnya.Apa maksud kumpulan ini???
Jika senarai pengundi yang ada sekarang tidak bersih masakan 5 negeri boleh di MENANGI Pakatan PEMBANGKANG dan 2/3 majoriti Kerajaan BN hilang. Jika BN tidak TELUS mana mungkin negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang dimenangi Pakatan Pembangkang...LOGIK ka TUDUHAN ini????  Tuntutan ini sepatutnya dituntut kepada Kerajaan Khalifah LIM GUAN ENG yang ingin mengadakan Pilihanraya  Masjid di Pulau Pinang kerana TERBUKTI langsung tiada Daftar Pengundi...hahahhhahaha...

Tuntutan Ke 2 pula puak-puak tak sedar diri ini menuntut agar mereformasikan undi pos...sebut saja REFORMASI terus CCTV teringat dekat DSAI...bukankah REFORMASI senonim dengan DSAI???
Untuk makluman UNDI POS sekarang ini adalah dalam proses penambahbaikan oleh pihak SPR...tak kan semua kerja buat SPR nak kena habaq kat hampa kot...BODOH !!!

Tuntutan ke-3 Penggunaan dakwat Kekal bagi menghalang pengundian berganda.
Untuk makluman penggunaan dakwar kekal dah lama dalam kajian SPR kerana ianya melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan perlaksanaannya didapati TIDAK SESUAI dan BAKAL MENGUNDANG MASALAH...Wahai puak GILA KUASA...nak bagi cadanganpun bagi la...cadangan yang sesuai bersama dengan kajian yang terperinci jangan dok pakai cakap jer...teliti la dulu beb...
Hari ni SPR dah umum penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari bagi mengenalpasti dan mengesahkan identiti penggundi pada PRU13 kelak.

Kumpulan yang kononnya berpelajaran tinggi ini menuntut agar akses media yang adil dan profesional ....aduh...setahu CCTV yang dok kalut kata kat media ni sapa lagi kalau tak DSAI...ehmmm...sekali lagi sama jer...dengan DSAI..Di Kelantan TGNA telah menyekat UTUSAN Malaysia daripada membuat liputan Sidang DUN Negeri Kelantan...Adil dan Profesional ka tindakan TGNA ni????

Masa Berkempen minima 21 hari....
Adoh.....hampa tuntutla brapa hari pun REALITINYA di Malaysia ni...orang POLITIK di Malaysia ni..terutamanya DSAI, TGNA dan MAT SABU depa semua BERKEMPEN 360 HARI..tak percaya????
Cuba tengok orang-orang POLITIK ni dok bagi Ceramah semuanya dok HANTAM Kerajaan BN...seolah-olah tak ada satu pun PERKARA BAIK yang dah BN buat.

Kesimpulannya...walauapapun yang disuarakan oleh puak2 yang cuba menganjurkan Perhimpunan Haram ini apa yang pasti ini bukanlah suara majoriti RAKYAT dan mereka ini hanyalah BONEKA orang tertentu yang ingin mendapatkan KUASA dengan cara KOTOR.