Selasa, 30 Mac 2010

DUN Perak ....KECOH lagi...lagi...& lagi...

Apa nak jadi dengan Yang Berhormat2 kita....



Dewan undangan negeri Perak sekali lagi dicemari apabila ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertikam lidah.

Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.

NONEMenteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian.

Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.

Mereka cuba mencelah dangan memegang buku peraturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.

Pada sidang hari ini, semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.

Berikut laporan langsung perkembangan sidang itu.

11.00 pagi: Tujuh pengawal Ganesan yang berpakaian seragam biru muda, menghampiri Tai yang berdekatan dengan Zambry sambil memerhatikannya. Bentara kemudiannya menghalang mereka daripada menyentuh Tai. Ngeh Khoo Ham (DAP - Setiawan) meluru ke arah Tai dan menjerit kepada pengawal keselamatan supaya beredar kerana menurut peraturan Dewan, mereka tidak dibenarkan memasuki Dewan. Tai dan Neh kemudiannya melengkapakan jumlah semua adun Pakatan yang meninggalkan dewan.

NONE10.58 pagi: Nizar kemudiannya bertindak keluar dewan. Bagaimanapun adun Pakatan mengambil masa sebelum meninggalkan dewan.

10.55 pagi: Pihak kerajaan menyambung pembentangan rang undang-undang. Kebanyakan wakil pakatan tidak lagi berada di tempat duduk mereka lagi.

10.50 pagi:
Ganesan mengumumkan sesi soal jawab tamat. Pembangkang membantahnya sambil menunjukkan kepada jam di dinding yang menunjukkan masa 10.49 pagi, menandakan sesi tersebut lebih pendek berbanding tempoh sejam yang diperuntukkan.

NONE10.42 pagi: Yee Seu Kai (DAP-Pokok Assam) diberikan peluang untuk bertanya soalan. Yee cuba membenarkan Nga untuk membangkitkan soal peraturan dewan. Ganesan berpindah kepada soalan berikutnya.

10.40 pagi:
Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun".

Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya.

10.30 pagi:
Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika.

Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan.

Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlaku kekecohan.

Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: “Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?”

Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika.


[Berita penuh menyusul]

sumber dari malaysiakini

Sabtu, 27 Mac 2010

Boleh buat tuntutan TAPI Jangan BIADAP- TUN M

Oleh :Hazlan Zakaria & Jimadie Shah Othman
Malaysiakini

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Jangan biadap

“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.

Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.

“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.

Umno lemah

Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?

“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyat

Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.

“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu.

“Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.

Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.

Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.

Beliau dianugerahi selendang merah bertulis "Bintang Pribumi Perkasa" serta kalimah Allah dan Muhmmad. Songkok hitamnya juga turut diganti dengan tengkolok berwarna emas.

Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali.

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu. “Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Jangan biadapMasa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.
Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini. “Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak.. “Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir. Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.

Umno lemah Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu. “10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?
“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi. Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. “Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya. Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyat Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.” Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi. “Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.
“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya. Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja, “Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah. "Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar. “Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya. Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu. “Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.
Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada. Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu. Beliau dianugerahi selendang merah bertulis "Bintang Pribumi Perkasa" serta kalimah Allah dan Muhmmad. Songkok hitamnya juga turut diganti dengan tengkolok berwarna emas. Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali.









Khamis, 25 Mac 2010

AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA...ALFATIHAH

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras,Kajang, kira-kira 9.27 malam Khamis akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Beliau memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam UMNO.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam UMNO, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan UMNO Cheras (1987) serta pernah mengetuai UMNO Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.



Semasa dalam UMNO, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Sementara itu, anak kedua allahyarham Azri Zin, 36, berkata ayah sempat meninggalkan pelbagai pesan dan nasihat kepada anak-anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Tiga lagi anaknya ialah Azura, 37, Aznizah, 29 dan Azizah, 25.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kehilangan seorang rakan seperjuangan yang sanggup mengambil risiko bersama-sama PKR dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

"PKR bersedih atas kehilangan ahli akademik ini dan takziah kepada keluarga," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi rumah allayarham.

Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Batu 10, Cheras, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Cheras, kira-kira pukul 11 pagi esok.

-- BERNAMA

Selasa, 9 Mac 2010

MCA bersuaralah dengan selayak 15 kerusi yang MENANG!

Semua sedia maklum tentang keadaan MCA menghadapi krisis dalaman yang semakin parah & hilang sokongan daripada pengundi kaum Cina sendiri. Ini terbukti melalui keputusan PRU Ke 12, apabila MCA hanya MENANG 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

Namun adakah MCA sedar diri? Tahu di mana kedudukan mereka dalam BN?

Apabila MCA meluluskan 5 resolusi di dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya. Diantaranya ialah :-

1) meminta kerajaan menambah bilangan pengambilan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam.

2) meminta kerajaan melaksanakan sepenuhnya perubahan dan inovasi kepada struktur dan mekanisme pertadbiran Barisan Nasional (BN) supaya konsep perkongsian kuasa dapat dilaksanakan dengan berkesan.

3) menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ditawarkan semua sekolah persendirian Cina selain menyediakan peruntukan kepada sekolah terbabit supaya lebih ramai pelajar yang berbakat dapat dipupuk.

4) Kerajaan juga digesa untuk terus mengamalkan dasar pendidikan yang lebih liberal dan berbilang kaum supaya lebih banyak sekolah vernakular boleh ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam program pembangunan nasional.

5) meminta kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya ketika menilai dasar ekonomi supaya tidak menyulitkan kehidupan rakyat yang dibebani dengan pelarasan tarif air, elektrik serta tol.

6) gesaan terhadap semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mengubah suai kursus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya

7) MCA turut meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).

8) MCA menyokong penuh gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai usaha untuk mencapai satu sistem meritokrasi rakyat berlandaskan kepada keperluan penduduk dalam pentadbiran negara.

9) menyokong penuh Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melaksanakan
kedua-dua dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) untuk memperkasa prasarana kawasan luar bandar dan pedalaman selain meningkatkan taraf hidup rakyat.

Terbuktilah kepada kita semua MCA semakin tidak pernah sedar akan kegagalannya malah tidak memainkan peranan sebagai komponen BN.Dalam keadaan krisis dalaman yang berpanjangan, mereka sepatutnya menyelesaikan masalah tersebut dahulu bukannya membuat tuntutan yang bukan-bukan malah tuntutan yang mereka maklum tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan buat masa ini.


Tuntutan ini seolah-olah MCA bukan bermatlamat menarik pengundi kaum cina untuk menyokong UMNO tapi lebih kelihatan seolah-olah menimbulkan isu baru agar pengundi cina tidak menyokong BN.

Jika diteliti, UMNO bukan kalah dalam PRU Ke 12 tapi yang KALAH adalah parti komponennya iaitu MCA dan MIC. Hari ini, kita lihat hanya UMNO sahaja yang bersungguh-sungguh berusaha mengembalikan sokongan rakyat tapi MCA langsung tidak berminat kearah itu. Begitu juga dengan MIC, Gerakan dan PPP.

Kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sudah sampainya masa YAB Dato' Seri bertegas dengan MCA. Biar mereka belajar bagaimana untuk menghormati Orang Melayu yang telah banyak memberi kepada mereka. Jika Orang Melayu bercakap tentang hak, mereka dituduh RASIS tapi bagaimana pula dengan mereka?


Jika inginkan perpaduan dan keamanan hiduppelbagai kaum ini berterusan, jangan hanya orang melayu saja perlu mengalah dan bertolak ansur tapi kaum lain juga perlu menjaga sensitiviti Orang Melayu terutamanya berkenaan Hukum Islam. Tolonglah jangan masuk campur!

Isnin, 8 Mac 2010

Aduhai...Zaid Ibrahim

PETALING JAYA, 5 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera usaha 'mencuri' wakil rakyat Pakatan dan menjaga kehormatan demokrasi negara.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di kediamannya siang tadi berkata, Najib seharusnya memikirkan masa depan demokrasi negara dan bukan bertindak untuk keuntungan jangkamasa pendek kuasa Umno dan BN di Parlimen semata-mata

"Kenapa perlu kita curi sana curi sini, tak perlu lah...saya meyeru kepada perdana menteri hentikan semua ini, berikan ruang kepada demokrasi untuk hidup," katanya.

CCTV : Lupakah Datuk Zaid Ibrahim Bahawasanya Anwar Ibrahim lah satu-satunya makhluk yang telah mengajar Ahli parlimen lompat parti semata-mata hendak merealisasikan impiannya untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada tanggal 16 September ?

Tambahnya lagi, Najib seharusnya meneladani sikap perdana menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Abdullah Badawi yang didakwa pernah berpesan tidak menggunakan cara yang salah seperti membeli wakil rakyat.

"Di bawah pemerintahan Pak Lah, waktu saya masih dalam kepimpinan Umno Kelantan. Kelantan pada masa itu Barisan hanya satu atau dua kerusi kurang, Pak Lah memberi pesan tidak boleh sesekali kita menggunakan apa-apa cara yang tidak bermoral untuk suruh orang lompat ini," katanya lagi.

CCTV : Tak heran kalau Zaid Ibrahim memuji Pak Lah sbb mmg Pak Lah satu-satunya presiden UMNO yang telah membuka peluang kepada Pakatan Rakyat untuk Menang dalam PRU Ke 12. Sikap Pak Lah yang telalu " Terbuka" adalah penyebab utama golongan minoriti berani meminta yang bukan-bukan.


Episod rampasan kuasa di Perak ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu lompat jelasnya, sudah cukup menghancurkan sistem demokrasi negara dan wajar dihentikan segera.

Beliau turut mempersoal keghairahan BN yang didakwa 'mencuri' wakil rakyat bagi mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen sedangkan dalam keadaan sekarang BN sudah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membuat apa-apa keputusan.

"Apa yang gila sangat dengan dua pertiga ni untuk apa? Kenapa obses sangat?

CCTV: Siapa yang obses? bukankah Anwar Ibrahim yang obses untuk mengejar Ahli Parlimen BN hingga ke Taiwan semata2 hendak menubuhkan Kerajaan!

"Kalau kita dulu kaya sekarang kita miskin, kita kena lah sesuaikan diri dengan keadaan kita, kita tidak boleh merompak lagi untuk menjaga tahap hidup kita yang kaya," katanya.

Umno BN jelasnya perlu akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu yang telah menafikan majoriti dua pertiga parti itu di Parlimen.

Untuk mengembalikan semula penguasaan mereka, Umno BN jelasnya perlu menunggu PRU ke-13 dan bukan bertindak 'mencuri' Ahli Parlimen Pakatan.

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah dalam sejarah ada majoriti dua pertiga.”

Selain England, beliau turut memberi contoh Amerika dan Jepun yang menjadi kuasa besar bukan kerana kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen.

"Negara mereka kuat kerana pembangkang kuat, kerajaan terpaksa kreatif, tidak rasuah, kalau tidak (kerajaan) jatuh, bukan kerana dua pertiga," katanya.

CCTV : Pembangkang mereka kuat kerana pembangkang mereka hanya membangkang pada tempatnya BUKAN macam pembangkang di Malaysia yang kejenya nak membangkang sahaja walaupun maklum dan faham dasar yang dijalankan oleh Kerajaan BN adalah untuk kebaikan rakyat malaysia. Negara mereka kuat juga kerana Pembangkang mereka tak sibuk dak bawa masuk campur tangan asing macam Anwar Ibrahim yang cuba membawa kuasa asing masuk menjajah Malaysia terutama dalam badan Kehakiman negara!

Selasa, 2 Mac 2010

Bila Senjata Makan Tuan.....

Lagi.. wakil rakyat Pakatan Rebah keluar Parti. Nampaknya, senjata makan tuan. Di saat CIFUT BABI dok tgh susun strategi nak gugurkan pertuduhan...dia saat CIFUT BABI dok tgk pikiq lepas ni nak sakit apa? Jantung ka? lumpuh ka? kemalangan ka? sambil pusing-pusing dunia cari sokongan Antarabangsa...tetiba sorang-sorang Ahli Parlimen dia Keluaq Parti. Aku rasa lepas n CIFUT BABI akan disahkan oleh Pakar Perubatan Luar Negara bahawa CIFUT BABI terkena serangan jantung..maka dengan ini CIFUT B A B I akan memohon pertangguhan lagi...

Raja Petra dalam kenyataannya di dalam Harakah Daily telah mendakwa UMNO telah membeli wakil Rakyat Pembangkang bagi membolehkan BN memperolehi kuasa dua pertiga.

Dia mendakwa UMNO berbuat demikian semata-mata untuk membolehkan persempadan semula kawasan pilihanraya dapat dijalankan.

Yang paling syok lagi, Raja Petra juga turut mendakwa "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Datuk Seri Najib, yang kononnya telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut lagi, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.

CCTV :- Dulu, Bukan Pakatan Reban ka yang dok ligan wakil rakyat BN sampai ke Taiwan semata-mata nak beli depa semua sebab nak dapatkan kuasa menubuhkan kerajaan?? tak kan Raja Petra DAH HILANG INGATAN kot??

Dulu ni la strategi Pakatan Reban..

1) Beli wakil Rakyat BN, jumlah bayar adalah seperti yang dinyatakan oleh Raja Petra iaitu ikut peranan yang dimainkan.

2)Pakatan Reban telah menugaskan seseorang untuk menguruskan "shoping spree" membeli anggota parlimen BN ketika itu.

3) Apabila mendapat kuasa dua pertiga hasil urusniaga ini, Pakatan Reban akan menubuhkan Kerajaan Pakatan Reban yang kemudianya mereka akan membuat persempanan semula kawasan pilihanraya.

4) Akhirnya akan muncul Kerajaan Pakatan Reban yang memerintah Malaysia, Sama Rata sama Rasa.


CCTV : Inilah strategi yang hendak digunakan oleh Pakatan Reban tapi GAGAL dilaksanakan disebabkan KESETIAAN para wakil rakyat BN. Alhamdulillah...