Sabtu, 20 Februari 2010

SMS berkenaan Anwar Ibrahim....

Oleh Satu Hala

Di bawah ini adalah sms yang kini sedang hangat berlegar dalam masyarakat.

Sekali baca pun tahu ia dicipta penyokong Anwar untuk mewujudkan syak wasangka masyarakat terhadap perbicaraan liwat II yang sedang berlangsung kini.

Agaknya bila Karpal Singh sendiri nampak sudah mati akal untuk berlawan kes itu, maka terpaksalah Anwar mengarahkan para penyokongnya untuk menggunakan kaedah-kaedah yang terdesak seperti ini.

Namun, persoalan-persoalan yang mengelirukan dalam sms itu tetap perlu dijawab juga.

Baca penjelasan untuk setiap persoalan selepas terjemahan sms di bawah ini.

Anwar Sodomy II Trial:

Question to be answered?

Why Saiful saw Najib before reporting he was sodomised?

Why he had 3 doctors tell him there's no proof of sodomy?

Why Saiful at PM's office trying to apply for a scholarship despite being a drop out from a university?

Why Anwar charged for consensual sodomy while Siful is depicted as seeking justice?

Has anybody been convicted for sodomy in Malaysia other than DSAI the past 15 years?

The Answer is: Anwar will be locked up untill he misses the NEXT General Election!

Terjemahan;

Perbicaraan liwat II Anwar

Persoalan yang perlu dijawab?

Mengapa Saiful bertemu Najib sebelum membuat laporan dia diliwat?

Mengapa ada 3 doktor memberitahu dia bahawa tidak wujud bukti berlakunya liwat?

Mengapa Saiful berada di pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan penajaan biasiswa walaupun menjadi seorang pelajar yang ketinggalan untuk menamatkan pengajian daripada sebuah universiti?

Mengapa Anwar didakwa melakukan liwat atas kerelaan bersama tetapi Saiful digambarkan sebagai mencari keadilan?

Ada sesiapa lain yang disabitkan melakukan liwat selain DSAI dalam tempoh 15 tahun yang lalu?

Jawapannya: Anwar akan dipenjarakan sehingga beliau ketinggalan pilihan raya umum yang akan datang.

Sebelum membaca penjelasan, harus diingat bahawa orang yang membuat sms ini, banyak membelasah atau main taram sahaja persoalan yang ada kerana yakin tidak ramai yang akan selidik satu demi satu persoalan yang ditimbulkan.

Mengetahui adalah lebih mudah untuk membuat orang marah daripada membuat orang faham, maka sms di atas mengetengahkan persoalan-persoalan yang sebenarnya sudah dibelit daripada jawapan yang sudah pun nyata di hadapan mata sebelum ini.

Mengapa Saiful bertemu Najib sebelum membuat laporan dia diliwat? : Bukankah pertemuan itu didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada media setelah laporan polis oleh Saiful baru beberapa hari selesai dibuat pada tahun 2008 lalu.

Dan Najib juga menjelaskan ketika itu bahawa beliau memberitahu Saiful beliau tidak mahu mencampuri hal itu dan terpulang kepada Saiful untuk mengambil tindakan lanjut.

Malah di Bandar Jengka semalam, Najib berkata apa yang berlaku antara Saiful dan Anwar adalah kes peribadi dan bukannya sesuatu isu negara. Kenyataan itu mencerminkan Najib tidak berminat mencampuri kes itu sejak dari mula lagi.

Mengapa ada 3 doktor memberitahu dia bahawa tidak wujud bukti berlakunya liwat? - Bila masa ada 3 doktor memberitahu Saiful tidak ada bukti berlaku liwat?

Kalau ikut kenyataan Saiful di mahkamah baru ini, doktor hospital swasta pertama yang dia kunjungi tidak membuat pemeriksaan liwat kerana mendakwa mereka tiada peralatan forensik untuk berbuat demikian.

Di hospital kedua pula tidak meneruskan pemeriksaan apabila Saiful memberitahu dia diliwat. Doktor di hospital kedua sebaliknya menasihatkan Saiful agar ke hospital kerajaan di mana hanya keterangan dan laporan hospital kerajaan sahaja boleh diguna-pakai di mahkamah.

Laporan hospital kedua iaitu Pusrawi yang tersebar sebelum ini jika mengikut kenyataan Saiful adalah palsu. Dah yang kononnya mendedahkan laporan itu pun ialah Raja Petra, Raja Penipu terbesar dekat negara ini.

Apa hasil sebenar siasatan di Hospital Kuala Lumpur (hospital ke-3) masih belum dapat dinyatakan secara tepat kerana pihak itu belum lagi dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes liwat II ini.

Mengapa Saiful berada di pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan penajaan biasiswa walaupun menjadi seorang pelajar yang ketinggalan untuk menamatkan pengajian daripada sebuah universiti? - Boleh tak kita tanya balik... Mengapa Anwar menawarkan untuk menampung perbelanjaan pendidikan seorang pelajar yang ketinggalan untuk menamatkan pengajian daripada sebuah universiti?

Bukankah Saiful semasa memberikan keterangan sebelum ini memberitahu Anwar bersedia menampung kos pembelajarannya.

Jadi Saiful memang ada potensi untuk sambung belajar. Jadi kalau dia ke pejabat Najib untuk mintak biasiswa bagi menyambung pelajaran bukannya isu yang terlalu besar bukan. Anwar pun offer 'biasiswa' versi tersendiri kepada Saiful...tak timbul persoalan pulak?

Mengapa Anwar didakwa melakukan liwat atas kerelaan bersama tetapi Saiful digambarkan sebagai mencari keadilan? Dah Saiful yang buat laporan polis...sudah tentulah Saiful yang mencari keadilan. Takkan Saiful buat laporan tetapi Anwar yang cari keadilan? Cuba kalau Anwar yang buat laporan dulu itu hari, dan tentu Anwar pula akan dilihat sebagai mencari keadilan. Dan bila masa pulak Anwar didakwa di mahkamah kerana melakukan liwat atas kerelaan?

Ada ke.....Yang penulis tahu Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Itu sahaja.

Ada sesiapa lain yang disabitkan melakukan liwat selain DSAI dalam tempoh 15 tahun yang lalu? ...Rasanya orang yang cipta sms ini pun mungkin tidak faham apa yang cuba dipersoalkannya.

Baca keratan akhbar ini ....

Lelaki nafsu binatang

Posted on March 18, 2009 by pemudasarawak
Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

MUAR: Ketika ini, dia sedang menjalani hukuman penjara 40 tahun dan 46 sebatanselepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan iaitu meliwat, menculik, melarikan serta merogol dua budak perempuan berusia 10 tahun dalam dua kejadian berasingan di dua tempat berbeza.

Semalam, bekas pembantu tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu, Jamil Jaya Said @ Ibrahim, 36, dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 24 sebatan lagi oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Teruskan membaca di sini (http://pemudasarawak.wordpress.com/2009/03/18/lelaki-nafsu-binatang/)

Satu lagi :

KUANTAN: “Apa salah seorang isteri dalam kehidupan suaminya apabila dia diheret, ditampar dan dicekik ketika melakukan persetubuhan hanya untuk melayan nafsu beberapa minit.

“Bukankah perhubungan itu sepatutnya dilayari dengan baik dan mendatangkan kepuasan kepada suami isteri,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hassan berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang mekanik, Khairulhisam Abdul Khalid, 34, yang didapati bersalah terhadap tuduhan merogol dan meliwat isterinya yang berusia 32 tahun pada 19 April lalu.

Teruskan membaca di sini (http://malaysiagoogle.com/?p=1517)

Liwat budak ke atau liwat isteri ke....kalau isunya didapati bersalah kerana meliwat, dua contoh berita di atas sudah lebih daripada cukup. Malah, tidak perlu gostan sampai 15 tahun, kes yang pertama di atas baru berlaku dalam Mac tahun lepas aje. Jawapannya ialah ADA yang didapati bersalah meliwat. Dan meliwat tidak kira lelaki atau perempuan adalah kesalahan jenayah di negara ini.

Jawapannya: Anwar akan dipenjarakan sehingga beliau ketinggalan pilihan raya umum yang akan datang.

Penulis pulak hendak tambah jawapan baru ...

Jawapannya: Penjarakan Anwar bukan setakat pilihan raya umum akan datang, tetapi pilihan raya-pilihan raya umum yang seterusnya sampai Anwar mati mereput dalam penjara! Dia memang layak menerima hukuman seperti itu.

Anuwar Ibrahim, Amerika, Australia dan ..........

Tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia yangmendesak agar kes liwat DSAI digugurkan dan kini yang terbaru adalah kenyataan dari Senator John Kerry Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Amerika syarikat.

Senator John Kerry menegaskan kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan prosiding undang-undang terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mencapai resolusi yang keputusan yang adil dan saksama.

"Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliment dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.


CCTV : Dalam ISU ini, jelaslah kepada kita semua bahawa Australia & Amerika Syarikat cuba mencampuri Sistem Perundangan Malaysia. Perkara ini amat membimbangkan kerana ini mencerminkan kedua-dua negara ini dalam cubaan untuk "menjajah" Malaysia. Apakah hak John Kerry utk mempertikaikan badan kehakiman kita?

Rabu, 10 Februari 2010

Dimana Puteri UMNO & Pemuda UMNO ?

Rasanya dah lama cctv tak menulis dalam blog nie akibat kesibukan tugas TAPI apabila membaca blog Depa Kata & Sanggul Melayu yang ada menyentuh berkenaan Puteri UMNO, CCTV terpanggil untuk menyuarakan pendapat.

Jika dilihat keadaan sekarang Puteri dan Pemuda mengalami nasib yang sama. Kedua-dua sayap ini telah hilang TARING nya mcm kata adik jeanbara Dah takdak faktor "X" atau faktor "wow"! Penyebab UTAMA keadaan ini adalah pemimpin tertinggi iaitu Ketua Puteri dan Ketua Pemuda gagal menjadi idola kepada golongan muda.

Puteri UMNO sekarang ini bergerak seperti sebuah BIRO bukannya sebagai sebuah SAYAP UMNO. Inilah HARGA yang perlu dibayar apabila kepentingan diri diletakan di tempat yang paling atas. CCTV sependapat dengan CCZ bahawa sokongan akan datang 2 cara iaitu 1) kesedaran dan 2) sogokan. Tengoklah sekarang ini, pimpinan Puteri bukannya menyusun jentera untuk PRU13 tapi menyusun jentera untuk PEMILIHAN akan datang. Kalau tak percaya tanya Ketua-ketua Puteri Bahagian, Siapa Yang Dipertua PAS Kawasan mereka? Siapa Ketua Dewan Muslimat Kawasan? Apa program yang Pakatan Rakyat adakan di Bahagian mereka?Tentunya kebanyakan Ketua-ketua Puteri UMNO Bahagian langsung tak ambil peduli, bagi mereka semua ini tak penting. Yang PENTING bg Ketua2 Puteri Bahagian, Siapa yang berhajat nak bertanding untuk jawatan Ketua Puteri Pemilihan akan datang!

Puteri perlu sedar LAWAN sebenar adalah PAKATAN RAKYAT bukannya siapa yang nak duduk kerusi Ketua Puteri. Sekarang adalah masa untuk kita menyusun jentera bagi memenangi PRU13 BUKAN menyusun strategi untuk PEMILIHAN akan datang. Jika Presiden dan Timbalan Presiden sahaja yang ingin menjadikan UMNO Juara Rakyat TAPI Pimpinan Puteri dan Pemuda ingin menjadi JUARA PROJEK & PERUNTUKAN, UMNO tidak akan kemana-mana.