Selasa, 13 April 2010

Zaid...SAH Calon PR






HULU SELANGOR, 13 April: Datuk Zaid Ibrahim(gambar) yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah tokoh yang telah teruji, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mana ada menteri Umno yang sanggup letak jawatan untuk pertahankan hak rakyat,” ujarnya yang mengumumkan Zaid sebagai calon PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Pengumuman itu dibuat pada jam 11.00 malam ini di hadapan kira-kira 5,000 orang yang memenuhi Dewan Komuniti Serendah dan pekarangannya.



CCTV : DSAI, ingat ada juga orang yang sanggup melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Penanti demi memastikan agama & bangsanya terus terbela..biar pub pelbagai fitnah telah dilemparkan kepadanya.

Zaid yang berucap selepas diberikan laluan oleh Anwar berkata, beliau menyedari dan menginsafi amanah yang dipikul itu sangat berat.
“(Tuan Guru) Nik Aziz sewaktu bercakap dengan saya minta kita semua bekerja untuk umat. Saya bukan asing di Selangor, saya tahu masalah orang Selangor, saya tahu masalah orang Hulu Selangor.
“Saya boleh menjadi suara untuk semua rakyat di sini,” ujarnya.
Berucap sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PR yang ditonjolkan PKR itu.
CCTV : PAS memang sudah lama menjadi pak turut saja...tak ada kuasa langsung dalam membuat keputusan....hahahahha, lawak antarabangsa sungguh...
“Saya mengarahkan seluruh jentera PAS seluruh kawasan Hulu Selangor turun padang dan bekerja keras. Calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk bawa suara rakyat ke parlimen.
CCTV : Zaid mmg terbaik dalam acara lompat ...katak lompat..lompat la tinggi-tinggi...
“Pilihan raya kecil ini medan rakyat untuk tegur kerajaan, rakyat perlu jadi hakim,” ujarnya.
CCTV : setuju,,,inilah masanya rakyat menghakimi pentadbiran si khalid gagap..
Zaid yang dilahirkan pada 10 April 1951 di Kota Bharu adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas kapasiti senator yang pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak melepaskan jawatannya pada 15 September 2008 selepas beberapa bulan saja dilantik sebagai menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengamal media, orang awam dan ahli politik.
CCTV : Bukan ISA yang diperjuangkan oleh Zaid sebenaqnya tapi.........tungggu ....pendedahan dari cctv nanti....
Dalam memperjuangkan isu-isu seperti ISA, Zaid di antara tokoh pemimpin Umno yang paling berani apabila mengirim surat terbuka kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi di samping mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan akta tersebut.
Pada 3 Disember 2008, beliau dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakannya termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti.
Antaranya dilaporkan pernah menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam.
Justeru Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor pada 13 Jun 2009.
CCTV : Nampak sangat PKR dah tak ada pemimpin yang layak bertanding...bayangkan pemimpin yang tak sampai setahun pun duduk dalam parti...dah dapat jadi calon, ..bekas UMNO pula tu..orang dah buang depa kitip buat calon...hahhahahhah
Sehubungan itu, Anwar menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dalam memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.
CCTV : zaid memang diakui serius dalam mempertahankan kepentingan dirinya dan kebebasan dalam memanipulasikan fakta yang benar demi memperjuangkan karier politiknya serta memastikan beliau terus unggul sebagai hero, betul tak?
Sepanjang penglibatan Zaid bersama PKR, beliau dilihat sebagai tokoh amat komited dalam usaha merangka dasar bersama PR sehingga berjaya merapatkan lagi jurang pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
CCTV : Betul tu..jurang PAS, PKR dan DAP memang RAPAT sangat sampaikan Lim Guan Eng pun dah jadi Khalifah...PAS hilang identiti parti...sanggup menjual diri....huhuhuh...

Jumaat, 9 April 2010

Lagi satu Pilihanraya Kecil....

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.
NONELau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.
Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.
Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
azlanLau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasukBorneo Post dan Oriental Daily News.
Sementara itu, Bernamamemetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

NASIHAT dari sahabat DSAI...

KUALA LUMPUR 8 April – Penyokong fanatik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihatkan tidak keterlaluan mempertahankan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak tahu perkara sebenar.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, beliau dan rakan-rakan lain yang telah lama meninggalkan parti itu cukup kenal Anwar daripada luaran dan dalaman.

Katanya, ketika Anwar di dalam penjara, beliau dan rakan-rakan itulah yang berada di barisan hadapan dan amat rapat dengan keluarganya.

“Kami lebih tahu cerita dalaman Anwar, (Presiden PKR) Wan Azizah Wan Ismail dan (Naib Presiden) Azmin Ali.

“Saya sarankan kepada teman-teman yang masih berada dalam PKR, waspadalah dengan taktik Anwar, perjuangan kamu hanya sia-sia kerana kamu sebenarnya belum cukup kenal dengan Anwar,” katanya kepada Utusan M
alaysia di sini hari ini. - Utusan

CCTV : kepada yang masih lagi dok jadi barua si CIFUT B A B I renung-renungkan lah nasihat ini.

Rabu, 7 April 2010


PM: MIC bertanding di Hulu Selangor
Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.
"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.
"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.
Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor.
Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.
Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.
Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata:
"Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.
Ditanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:
"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.
"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan.
Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.

CCTV : Sekarang PM dah buat keputusan...tak sabaq nak tunggu hari pengundian, nak tengok keputusan RAKYAT pula...