Rabu, 7 Mei 2014

Setelah Sekian Lama MCA Menang Atas Tiket Orang Melayu Kini Mahu Keluar BN

Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA akan mengkaji kedudukan mereka dalam gabungan tersebut jika UMNO menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Ka Siong berkata MCA kekal dengan pendiriannya untuk mempertahankan perlembagaan negara seperti mana tindakan mereka mempertahankan kontrak sosial yang telah dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan.
"Kalau perkara tersebut berlaku, sudah tiba masanya kita bincang kedudukan kita dalam Barisan Nasional," katanya ketika menjadi ahli panel Wacana Sinar Harian yang bertajuk, "Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Sultan Muhammad ke V, Bangunan Karangkarf, di sini, pada Rabu.
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu juga berkata, MCA tidak pernah menolak Islam tetapi pihaknya mempertikaikan hukum hudud yang cuba dibawa oleh PAS.
"Itu pandangan MCA yang amat jelas, kita bukan anti Islam atau menolak Islam, cuma macam saya, saya tidak percaya dengan hukum hudud PAS," katanya.
MCA sepatutnya berterima kasih kepada umno dan orang Melayu yang selama ini membenarkan mereka menjadi rakan bersama dalam pentadbiran kerajaan.

Kemenangan MCA dalam semua Dun dan Parlimen juga dipengaruhi oleh pengundi Melayu bukannya pengundi cina. BN memberi ruang kepada MCA untuk menang dikawasan majoriti Melayu.

Sejak tahun 1955 MCA telah menumpang tuah 90% orang Melayu ketika itu dari 52 kerusi 17 diperuntukkan kepada MCA.


MCA sepatutnya lebih menghormati orang Melayu bukannya bertindak seperti parti cauvinist DAP.

Gugurkan kaum dan agama?

Gugurkan kaum dan agama?

Tidak tahu apa yg harus diperkatakan namun yg pasti...kecewa..ya..benar-benar kecewa dengan tindakan kabinet meluluskan penguguran kaum dalam borang rasmi kerajaan...Tahukah kita semua???


Pelanduk yang ditembak, gajah pula yang mati – Peribahasa.
“There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake” – Anonymous.
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA YANG BERAGAMA ISLAM, DIUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN YANG MULIA INI. SEMOGA IBADAH KITA YANG IKHLAS UNTUKNYA DITERIMA OLEH ALLAH SWT. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
1. Telah dilaporkan bahawa kabinet sedang menimbangkan syor untuk menggugurkan maklumat ‘kaum’ dalam semua borang / dokumen rasmi. Alasan yang diberikan ialah untuk menghapuskan pengenalan kaum. Kemudian ada pula syor supaya digugurkan juga ‘agama’.
2. Sebelum kabinet menyetujuinya, isu-isu berikut hendaklah diselesaikan/dijawab terlebih dulu:
• Perlembagaan Malaysia hanya menyebutkan secara khusus / mengiktiraf lima sahaja kaum di negara ini iaitu (1) Orang Asli (Perkara 160), (2) Melayu (Perkara 160), (3) Bumiputera Sarawak [Perkara 161A (6) (a) & (7)], (4) Bumiputera Sabah [Perkara 161A (6) (b)] dan (5) kaum-kaum lain.
Pada hemat saya, ‘kaum-kaum lain’ adalah satu residue yang tidak disebut dan ditakrifkan oleh Perlembagaan; contohnya kaum Cina dan India tidak disebut langsung.
Justeru adakah pencadang dan penyokong syor ini dengan sengaja hendak menyanggah Perlembagaan dan sekali gus mahu menggolongkan semua 4 kaum itu sama statusnya dengan kaum yang kelima (lain-lain)?
Adakah syor tersebut dengan sengaja hendak menghapuskan identiti Melayu/Bumiputera dan segala hak serta keistimewaan yang berkaitan dengannya? Maka lengkaplah penghapusan identiti Melayu setelah hilangnya ‘Semenanjung Tanah Melayu’!
• apakah logik yang boleh diterima dek akal bahawa pengenalan kaum-kaum di Malaysia akan terhapus dengan sendirinya setelah menggugurkan perkataan ‘kaum’ itu sedangkan mereka yang menyokong syor tersebut turut mengakui bahawa melalui nama akan diketahui juga kaum masing-masing? Dalam pada itu, harus diingat bahawa, bagi tujuan penyimpanan pangkalan data dan analisa, komputer tidak dapat mengenali mereka.
• Apakah dasar / pendirian sebenar kerajaan berhubung proses mewujudkan perpaduan? Assimilasi, integrasi atau co-existence? Telah ditegaskan bahawa kerajaan tidak bertujuan ke arah assimilasi seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand. Kerajaan mahukan integrasi antara kaum tetapi ianya masih belum berlaku lagi; malah polarisasi kaum semakin ketara.
Apa yang sebenar berlaku ialah tahap toleransi antara kaum semakin terhakis dan yang wujud ialah uneasy racial co-existence. Justeru bagaimana pula pengguguran ‘kaum’ dan ‘agama’ ini boleh menyelesaikan masalah sebesar gunung Kinabalu itu? Dijangka kerajaan akan ditomahkan sebagai tidak bersedia ‘menggenggam bara api sehingga jadi arang’, jika syor tersebut dilaksanakan juga.
• Perlembagaan juga hanya menyebut dengan jelas agama Islam; yang lain disebut sebagai “ugama-ugama lain” [Perkara 3 (1)]. Sekali lagi perlulah ditanya sama ada para pencadang dan penyokong syor ini dengan sengaja hendak menyanggah Perlembagaan dan sekali gus mahu menggolongkan agama Islam itu sama statusnya dengan “ugama-ugama lain”?
Juga wajar ditanya, tanpa pengenalan agama, benarkah semua yang berbin dan berbinti itu beragama Islam dan mereka yang tanpa bin serta binti itu pula semuanya tidak beragama Islam? Sebahagian manusia mungkin dapat mengenali agama mereka tetapi komputer tidak mampu membezakan agama masing-masing.
• Selepas 52 tahun merdeka, kaum-kaum lain telahpun dengan berani dan lantang mempersoalkan kontrak sosial, menuntut kesamarataan, menghina Islam serta menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu. Jika syor ini diterima, apakah pula mereka akan desak 50 tahun akan datang?
Tidak ada lagi hak istimewa untuk orang Melayu/Bumiputera kerana tiada lagi “kaum Melayu/Bumiputera”? Semua bahasa menjadi Bahasa Kebangsaan seperti di Singapura? Semua agama adalah agama rasmi? Institusi Raja-raja Melayu dihapuskan kerana sudah tidak ada lagi orang Melayu di negara ini? Adakah ulterior motive mereka yang sebenar ialah hendak menjadikan negara ini sebuah republik?
• Apabila agama Islam, Melayu dan Bumiputera tidak lagi diiktiraf dalam mana-mana dokumen rasmi, bagaimanakah hendak melaksanakan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan dengannya seperti Perkara 3 (agama Islam), 38 (Majlis Raja-Raja), 39 (Kuasa pemerintah)), 89 (Tanah rezab orang Melayu), 90 (Tanah adat di Negeri Sembilan & tanah di Trengganu), 152 (Bahasa Kebangsaan), 153 (Hak istimewa orang Melayu), 160 (Tafsiran Orang Asli & Melayu) dan 161A (Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak)?
Adakah peruntukan-peruntukan tersebut yang telah dipersetujui semasa hendak merdeka dulu akan terhapus atau hanya menjadi hiasan kertas seperti yang berlaku kepada Perlembagaan Singapura? Jika inilah sasaran mereka yang sebenar maka pelanduk yang ditembak, gajah pula yang mati!
Jika demikianlah maksud dan objektifnya maka bolehkan pula pihak lain menuntut supaya ditarik balik taraf kewarganegaraan yang telah diberikan kepada kaum imigran semasa hendak merdeka dulu dan kini dinikmati oleh anak cucu mereka?
• Bukankah mereka yang mengsyorkan ini sebenarnya tidak ikhlas dan barking at the wrong tree? Jika mereka benar-benar ikhlas hendak mewujudkan perpaduan kaum dengan menghapuskan pengenalan kaum dan membasmi polirisasi kaum maka punca utama perkauman iaitu sekolah pelbagai aliran hendaklah dihapuskan segera dan digantikan dengan sistem satu aliran sekolah kebangsaan untuk semua.
Syor ini TIDAK melanggar Perkara 152 (1) (a) & (b), Perlembagaan Persekutuan kerana pembelajaran bahasa ibunda masih diteruskan.
[Nota: sukalah ditegaskan bahawa apa yang dilindungi oleh Perlembagaan ialah mengajar / belajar / mengkaji bahasa kaum-kaum lain; bukannya melindungi aliran persekolahan seperti SRJK (C) & SRJK (T)].
• Jika syor menggugurkan ‘kaum’ dan ‘agama’ ini diterima maka data field bagi kedua-duanya tidak akan ada lagi dalam semua borang / dokumen rasmi seperti surat beranak dan kad pengenalan; juga akan digugurkan dari soal selidek seperti yang digunapakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagi data yang beribu dan berjuta banyaknya, bagaimanakah ianya boleh diproses dengan mudah untuk mengetahui profail atau taburan mengikut kaum dan agama? Tanpa maklumat seperti ini, bagaimanakah hendak menggubal dasar dan program yang berbentuk affirmative action seperti membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi mengikut kaum, selaras dengan konsep 1Malaysia?
Kesulitan seperti ini pernah berlaku semasa hendak merangka RMKe-4 apabila syor yang sama dilaksanakan dalam tahun 1980an. Penyiasatan Hakmilik (Owenership Survey) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan serta merta dibatalkan. Lantaran data mengikut kaum telah tidak dapat dibekalkan. Maka EPU terpaksalah berfikir di luar kotak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan itu.
Adakah kerajaan bersedia untuk menghadapi situasi “pisang berbuah dua kali” kerana refused to learn from those lessons? Please remember “…if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake”.
3. Diharap Peguam Negara, Ahli MT UMNO dan pejuang-pejuang Melayu akan memberi nasihat perundangan yang betul, menyampaikan degupan jantung dan denyutan nadi rakyat yang tepat serta bercakap benar; bukan membenarkan cakap bos!
zahidrais_yatimTajudin Abd Rahmants_ahmad_sarjigani
Dari kiri – Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Utama Rais Yatim, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Tun Ahmad Sarji, Tan Sri Gani Patail
4. Sekiranya Jemaah Menteri berkeras juga untuk melaksanakan syor menggugurkan ‘kaum’ dan ‘agama’ ini maka eloklah semua pertubuhan / institusi yang menggunakan nama dan agama menukar nama masing-masing. Lebih bersatu-padu lagi jika semua organisasi yang bergerak atas nama kaum atau agama dibubarkan.
5. Dalam konteks ini, eloklah Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu menjadi hero dengan menukar namanya atau membubarkannya, selaras dengan slogan Kepimpinan Melalui Teladan! Setuju?
umno_logo
[Nota: rencana ini ditulis sebagai lanjutan kepada SMS yang saya edarkan kepada tokoh-tokoh politik dan akademik serta para peguam pada 19 Ogos lalu mengenai perkara yang sama. Semua yang responded BERSETUJU dengan apa yang saya SMSkan itu.]