Khamis, 31 Disember 2009

PKR & JENAYAH....

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Selepas kes berkahwin ikut sindiket, seorang lagi pemimpin muda parti pembangkang ditahan kerana melakukan jenayah.

Kali ini, ia membabitkan pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kegiatan pengedaran dadah.

Perkara ini dinyatakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superitenden Mad Azri Othman kepada Astro Awani yang mengesahkan penahanan itu dibuat mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membawa kepada penahanan

Menurut laporan tersebut, Polis Kelantan telah menahan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmi Ismail selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu operasi di Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada 23 Disember lalu.

Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengkalan Chepa kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

Dalam operasi itu, polis turut menyita sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz dipercayai milik Azmi


cctv : Bukalah mata semua PKR terbukti adalah juara segala juara...tgklah apa yg dh berlaku...org mcm n kah yang kita mahu sebagai pemimpin kita! Orang mcm ini kah sepatutnya menjadi role model generasi akan datang?

Rabu, 30 Disember 2009

RENUNGKANLAH....KEGAGALAN PERPADUAN ORANG MELAYU


Cuit - ZAINI HASSAN
zaini.hassan@utusan.com.my

LIM Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas manakala Hadi Awang kelihatan serius di mesyuarat membincangkan kedudukan pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin. Idea Hadi itu ditolak.

SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.

Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama - sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.

Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.

Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan. Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau 'menghilangkan diri' beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad - beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu.

Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk 'menyelesaikan' kemelut ini - tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.

Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.

Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa 'malu alah' dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.

Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.

Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini - berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain - dicercanya sebegitu rupa.

Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis.

"UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.

Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.

Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah.

Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.

Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya 'Melayu', tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.

Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air."

"… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya."

Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.

Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.

DAN yang TERBARU pula.......

KENYATAAN terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 telah mengejutkan pelbagai pihak terutama sekali orang Melayu.

Nik Aziz menyatakan kesediaan Kerajaan Pas Kelantan untuk meminda atau menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan Melayu memegang tampuk pemerintahan Kelantan sebagai Menteri Besar amatlah mendukacitakan dan mengguris perasaan orang Melayu khasnya Melayu Kelantan.

Kenyataan Nik Aziz bahawa Islam tidak memandang bangsa dalam memilih kepimpinan tetapi melihat kepada kelayakan dan akhlak seseorang itu memang bertepatan dengan kehendak Islam. Pun begitu, sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan mempunyai Sultan yang berketurunan Melayu Islam, adalah lebih baik dikekalkan sahaja peruntukan sedia ada yang terbukti telah berjaya mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum di Kelantan.

Persoalan kini, kenapa Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh dijadikan polemik politik oleh kaum- kaum lain di Malaysia. Adakah kerana Pas sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP dalam apa yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat, maka tindakan ini perlu dilaksanakan.

Tidak adakah lagi orang Melayu Kelantan yang berkelayakan dan berakhlak tinggi untuk dilantik sebagai MB Kelantan sekiranya Nik Aziz ingin melepaskan jawatan tersebut.

Apakah kejutan terbaru Nik Aziz ini mendapat restu daripada pucuk kepimpinan Pas atau mendapat mandat sokongan daripada keseluruhan ahli Pas di Malaysia. Rakyat Kelantan khasnya dan orang Melayu umumnya pasti akan tertunggu-tunggu kenyataan daripada pimpinan Pas Pusat mengenai kenyataan terbaru Nik Aziz ini.

Sekiranya "lampu hijau" telah diberi, maka kalau ditakdirkan Pas memerintah Malaysia, tidak mustahil orang Melayu akan melihat mungkin ramai lagi MB di negeri-negeri lain di Malaysia bukan berketurunan Melayu. Sesiapa sahaja boleh dilantik asalkan berkelayakan dan mempunyai akhlak yang baik pada pandangan Pas.

Apakah ini satu strategi politik yang bijak daripada untuk mengalihkan tanggapan umum kepada situasi panas yang berlaku di Kelantan, antaranya kes yang melibatkan menantu beliau sehingga membawa kepada perletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Presiden Anak-anak Kelantan Darulnaim (Pakatan), Datuk Dr. Noordin Ab. Razak turut membantah sekeras-kerasnya dan menyifatkan cadangan itu sebagai tidak masuk akal memandangkan majoriti penduduk Kelantan berketurunan Melayu.

Mengikut Bancian Tahun 2000 menunjukkan kaum Melayu seramai 95 peratus, Cina 3.8 peratus, India 0.3 peratus dan kaum-kaum lain 0.9 peratus. Berdasarkan peratusan tersebut 95 peratus penduduk beragama Islam, 4.4 peratus beragama Buddha, 0.2 peratus beragama Kristian, 0.2 peratus beragama Hindu dan 0.25 untuk agama-agama lain.

Kenyataan MB Kelantan ini merugikan orang Melayu sendiri. Tentu kita masih ingat, siapakah pemimpinMelayu yang tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Perpaduan antara UMNO-Pas? Janganlah kerana kepentingan politik, kita sanggup menggadaikan maruah bangsa sendiri. Seharusnya pemimpin-pemimpin Melayu Islam menjadi pelindung kepada bangsa dan agama.

cctv : Wahai Bangsaku....sedarlah...sedarlah....jangan dok tiduq lagi....


Jumaat, 25 Disember 2009

UMNO Kedah, tolong ambil tindakan SEGERA!!

DAP sedang mengorak langkah dengan menyebarkan "NEWSLETTER" di kawasan perumahan yang majoriti Orang Melayu seperti Taman PKNK, Alor Setar. "NEWSLETTER" ini ditulis dalam Bahasa Melayu yang kandungannya adalah untuk "memperbetulkan" isu yang DAP tidak menghina ISLAM. cctv amat berharap UMNO Kedah tidak akan berpeluk tubuh saja..ambil lah tindakan SEGERA bagi memperbetul cerita putar belit DAP ini, Jangan sampai RAKYAT Kedah mempercayai DAP.

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431 & Tahniah Kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia

Salam Maal Hijrah kepada semua, semoga tahun baru ini akan memberikan lebih keberkatan kepada negara kita Malaysia. Alhamdulillah permulaan baru untuk tahun baru ini, disambut dengan penuh kesyukuran apabila kemarau selama 20 tahun telah dapat diatasi dengan KEMENANGAN pasukan bola sepak negara yang berjaya mengalahkan Vietnam 1-0. TAHNIAH!

Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila
menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.


Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan
Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola
sepak lelaki Sukan SEA XXV. Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di
Temasya Kuala Lumpur 1989.- Utusan

Ahad, 13 Disember 2009

Bimbang perpaduan Melayu

IPOH 13 Dis. - Perpaduan di kalangan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan dan mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar jika mahu mengukuhkannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar).

Menurut tokoh agama itu, Islam tidak mengajar umatnya berkelahi sesama sendiri hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan ideologi.

''Kita kena sedar betapa perlunya kita bersatu. Berbeza fahaman politik dan ideologi, tidak semestinya kita harus berkelahi sesama Islam.

''Orang Melayu kena kembali pada agama. Kita lemah kerana kita ingkar dengan perintah Allah SWT," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Harussani, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan pihak-pihak tertentu mudah mengambil kesempatan untuk terus melemahkan mereka.

Katanya, antara strategi yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit dalam usaha memecah-belahkan orang Melayu ialah memuji tindakan-tindakan yang hanya akan lebih melebarkan lagi jurang perpecahan tersebut.

Tegas beliau, tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.

''Manusia ini akan jadi melampau kerana mereka berasa mereka kuat. Orang Melayu mesti sedar keadaan ini.

''Jangan biarkan perpaduan kita lemah kerana terpengaruh dengan orang lain, terpengaruh dengan pujian-pujian yang ada muslihat lain," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap orang Melayu yang terlalu berlembut menyebabkan pihak-pihak berkepentingan tersebut semakin berani.

cctv : setuju dengan pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Jumaat, 11 Disember 2009

Kes Ahmad: UMNO lega, Gerakan kecewa

BUTTERWORTH 10 Dis. - UMNO Pulau Pinang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi (MT) menarik balik hukuman penggantungan selama tiga tahun yang dikenakan terhadap bekas Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim, tindakan itu wajar memandangkan Ahmad sudah pun menjalani hukuman ekoran kenyataan kontroversinya ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu.

''Kita percaya keputusan ini (menarik balik hukuman) sudah difikirkan semasak-masaknya oleh pihak MT selepas mengambil kira perkara-perkara yang wajar diberi pertimbangan.

''Dari segi kewajarannya pun, Ahmad sudah pun menjalani hukuman dan beliau masih bersungguh- sungguh untuk membantu UMNO mendekati rakyat terutamanya di Pulau Pinang," katanya semalam.

Sementara itu, Ahmad yang dihubungi menyatakan rasa syukur serta berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti berhubung perkara itu dan bertekad untuk terus membantu UMNO menabur bakti kepada rakyat negeri ini.

''Selama ini pun (dalam tempoh penggantungan) saya tetap berjuang dengan parti apabila dilantik sebagai Penasihat kepada UMNO Bahagian Bukit Bendera," katanya.

Sementara itu Gerakan Pulau Pinang kecewa dan terkejut dengan keputusan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Gerakan berpendapat keputusan tersebut bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

cctv : Aduhai Gerakan usah KECEWA degan keputusan ini, Datuk Ahmad Ismail sudah menerima HUKUMAN nya..dan beliau juga telah membuktikan KESETIAAN nya jadi terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Gerakan harus akui tanpa kerja kuat orang-orang UMNO seperti Datuk Ahmad ini tak mungkin BN akan berjaya merampas Pulau Pinang kembali kerana pada pandangan cctv, sehingga sekarang cctv masih belum nampak gerak kerja Gerakan dalam memenangi hati para pengundi Pulau Pinang. Ini dapat dilihat dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir yang lalu. Calon BN yang bertanding adalah dari UMNO bukan dari GERAKAN tapi cctv tgk langsung tiada kerja keras dari Gerakan jika dibandingkan DAP yang memberi sokongan yg tidak berbelah bagi kepada PAS bg memenangi pilihanraya tersebut. Bagi merampas kembali Pulau Pinang, Gerakan harus berubah..jangan hanya mengharapkan jentera UMNO saja yang bekerja untuk sesuatu pilihanraya!

Isnin, 7 Disember 2009

KEDA MOHON RM 700 JUTA!

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR 7 Dis. - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) memohon peruntukan RM700 juta daripada kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk memenuhi perancangan Keda dalam membasmi kemiskinan.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (gambar) berkata, jumlah tersebut dipohon memandangkan banyak program yang telah dirancang bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar.

"Antara program itu adalah pembangunan usahawan, program pembangunan desa, program pembangunan modal insan dan lain-lain.

"Kita juga fokus kepada projek-projek seperti pembinaan jalan-jalan baru di beberapa kawasan di negeri ini," katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pengerusi dengan Ahli Lembaga Pengarah Keda di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Ahmad Bashah mengambil alih jawatan Pengerusi Keda daripada Datuk Seri Mahdzir Khalid berkuat kuasa 1 November lalu.

Menurut beliau, semangat dan komitmen daripada semua pihak diperlukan bagi menjayakan program-program pembasmian kemiskinan yang telah dirancang oleh Keda.

"Saya baru sahaja mengadakan perjumpaan buat pertama kali dengan 376 warga Keda selepas dilantik menjadi pengerusi baru Keda.

"Saya mahu semua warga Keda terus bersemangat dan menggandakan usaha dalam program basmi kemiskinan di luar bandar ini," katanya.

Tambahnya, semua warga Keda perlu bekerja keras untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Keda benar-benar serius dalam usaha membasmi kemiskinan di negeri ini.

"Tanggungjawab untuk membasmi kemiskinan adalah merupakan amanah kepada kita.

"Kita juga perlu membuktikan dalam tempoh terdekat bahawa kita mampu menjalankan tugas yang telah diberikan dengan baik," katanya. - Utusan

Rabu, 2 Disember 2009

KECOH! COP KETUA UMNO BAHAGIAN BAGI DAPAT PROJEK

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Parlimen hari ini 'kecoh' apabila diberitahu bahawa terdapat surat pekeliling arahan untuk mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untuk kontraktor mendapatkan projek.

Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam soalan tambahannya kepada Kementerian Kewangan berhubung projek-projek untuk kontraktor kelas A sehingga F.

"Saya dapat tahu ada perjumpaan seorang menteri kabinet yang mengarahkan supaya projek-projek tidak disalurkan kepada penyokong Pakatan Rakyat.

"Malah ada surat pekeliling mengarahkan kontraktor mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untukmendapatkan projek," katanya yang mengundang rasa tidak senang beberapa ahli parlimen BN.

Beberapa ahli parlimen cuba mengganggu Mahfuz seraya menjawab dan melaungkan :"Biasalah kroni."

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Awang Adek cuba memperlekehkan soalan Mahfuz dengan mengatakan ianya tidak berlandaskan fakta dan bukti.

"Ini masalahnya, tidak mahu sebut siapa dan surat yang dikatakan pun tidak ada," katanya.

Lantas, Mahfuz bingkas bangun dan berjanji akan menunjukkan surat tersebut pada sidang Parlimen esok.

"Esok saya bawa surat dan bukti ada arahan itu!" katanya menyebabkan dewan sekali lagi kecoh.

Sebelum itu Awang Adek menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F dan apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor.

Awang memberitahu bahawa pemilihan kontraktor A, B, C dan D bagi melaksanakan projek kerajaan adalah melalui proses tender terbuka atau tender terhad bagi mendapat persaingan yang kompetetif.

"Inilah adalah sejajar dengan matamat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara kontrator berdaftar," katanya.

Sebelum itu beliau memberitahu projek berjumlah lebih RM10 juta diberikan kepada kontraktor kelas A, diikuti susunan gred manakala kelas F sekitar kurang RM20,000 sehingga RM200,000 mengikut keupayaan.

Selasa, 1 Disember 2009

Penjelasan mengapa Kelantan tiada hak royalti minyak.

Dipetik dari Blog : WBHIM ( Dr Siddiq Azani UIAM )



PAS tidak seharusnya menuntut royali minyak daripada kerajaan persekutuan. Perjanjian yang telah dibuat oleh Kelantan dan Petronas pada tahun 1975 telah meliputi kawasan tuntutan dibawah bidang kuasa Joint Development Area (JDA) dibawah pengendalian kerajaan Malaysia dan Thailand. Kerana itu ia dipanggil sebagai wang ihsan. Wang ihsan bermaksud kerajaan persekutan mempertimbangkan posisi kelantan sebagai negeri yang mengeluarkan minyak, namun apabila kita bercakap soal undang-undang maritim, kerajaan Kelantan hanya mampu melihat sahaja.


Sebagai contoh, apabila seseorang menjumpai emas di kawasan rumahnya, emas tersebut bukan menjadi milik saudara tersebut kerana mengikut undang-undang tanah (National Land Code) emas dan lain-lain hasil mineral yang dijumpai dalam negara merupakan milik negeri tersebut (state). Mineral dimaksudkan di sini merupakan mineral yang dijumpai dibawah tanah, namun apabila kita bercakap soal maritim / sempadan laut yang beratus-ratus batu nautica jauhnya, ia jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.


Telaga ini baru diterokai sejak 2004. Dan telaga minyak ini terletak lebih 3 nautika dr pesisir kelantan bersempadan dengan kawasan laut Thailand. Oleh itu hasil ini tidak berhak sama sekali diberi kerajaan kelantan kerana syarat royalti minyak adalah di dalam kurang dr 3 nautika dari pesisir pantai negeri seperti hasil minyak di Sarawak. Disebabkan itulah Sarawak layak menerima royalti minyak.


The 1909 Anglo-Siamese Treaty menyatakan;

“All islands adjacent to the eastern States of Kelantan and Tringganu, south of the parallel of latitude drawn from the point where the Sungei Golok reaches the coast at a place called Kuala Tabar, shall be transferred to Great Britain, and all islands to the north of that parallel shall remain to Siam.”

- Subsequently, the two governments signed several agreements over their common maritime boundary in the Gulf of Thailand and South China Sea. The 1973 continental shelf boundary agreement between the two governments only covered the Straits of Malacca segment and did not cover the border in the Gulf of Thailand but on 24 October 1979, an agreement and a memorandum of understanding were signed to determine the common maritime boundary of the two countries in the Gulf of Thailand. The first agreement established the territorial sea boundary from the mouth of the Golok River at 6°14′30″N 102°5′36″E / to 6°27′30″N 102°10′0″E / . The MOU established the continental shelf boundary from the northern end-point to 6°50′0″N 102°21′12″E / with one turning point in between.

The boundary beyond the northern end-point is subject to dispute. However, both countries have come to an agreement to put aside the border dispute and allow for the joint exploitation of natural resources of the disputed area. The two countries signed a Memorandum of Understanding for the Establishment of a Joint Authority for the Exploitation of the Resources of the Sea-Bed in a Defined Area of the Continental Shelf of the Two Countries in the Gulf of Thailand on 21 February 1979, followed by an Agreement on the Constitution and Other Matters Relating to the Establishment of the Malaysia-Thailand Joint Authority on 30 May 1990 establishing a joint development area (JDA).



Ini bermakna jika Kelantan mahu menuntut royalti minyak dari Kerajaan Malaysia, Kelantan juga harus menulis surat kepada Kerajaan Thailand untuk perkara yang sama oleh kerana kawasan tersebut telah menjadi milik bersama Malaysia-Thailand. Tambahan pula kedua-dua negara masih dalam proses tuntutan terbaru kerana tidak berpuas hati dengan JDA yang telah ditandatangani, hal ini masih lagi dalam proses perundangan. Oleh kerana itu siapalah Kelantan mahu menuntut hak royalti di sini? Kalau dapat wang ehsan pun dah bersyukurlah kerana Malaysia sedang menuntut haknya demi Kelantan menentang Thailand.

Menurut kata Dr.Lo’Lo Ghazali dan Husam Musa, Akta Kemajuan Petroleum tidak menyebut pemberian hak royalti ditentukan oleh 3 batu nautika. Benar tidak ada menyebut tentang perkara itu. Tapi apakah Dr.Lo’Lo pasti tiada kes (judicial precedent) yang telah dibuat mengenai perkara 3 batu ini? Sudah Dr.Lo’Lo atau Husam periksa betul-betul?

Kerajaan Kelantan bergantung kepada perjanjian yang dibuat oleh Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Allahyarham Dato’ Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dari Barisan Nasional. Dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui bahawa Kerajaan Kelantan layak mendapat royalti sebanyak 5% setiap 6 bulan daripada hasil penjualan minyak Petronas.

Walaubagaimanapun atas sebab bahawa kawasan telaga minyak yang dituntut ini berada dalam Joint Develoment Area (JDA) di antara Malaysia – Thailand dan Malaysia – Vietnam, ini tiada kena-mengena dengan Kelantan melainkan Kelantan turut menyertai JDA tersebut. Malang buat Kelantan kerana kawasan dituntut diliputi oleh JDA ini. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz menegaskan bahawa Kelantan hanya menuntut haknya daripada Kerajaan Malaysia, kehadiran JDA ini tadi seharusnya membuka bidang kuasa baru kepada Malaysia samada mahu memberi royalti kepada Kelantan atau tidak kerana JDA ini terletak dibawah bidang kuasa sepenuhnya oleh Thailand dan Malaysia.

Kawasan perairan Kelantan yang kecil dan pendek ini kemudian telah diambil alih oleh JDA yang terletak dibawah bidang kuasa Malaysia – Thailand.

Dalam erti kata lain, perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan Tengku Razaleigh itu telah berlalu (lapsed) dengan kehadiran JDA ini. Perjanjian tersebut tidak lagi terpakai (applicable) kepada JDA yang termaktub dibawah Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990.

Seksyen 7 Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990 menyatakan – The Joint Authority shall pay to each of the Governments royalty in the amount of five per centum of gross production of petroleum, in the manner and at such times as may be prescribed by regulations.
Perkataan ‘Governments‘ dalam perkara tersebut merujuk kepada tafsiran Akta tersebut membawa maksud Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Tiada pula saya lihat ‘government of Kelantan’?

Identiti Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat seperti termaktub dibawah perlembagaan persekutuan membawa maksud dua identiti berbeza. Oleh itu Kerajaan Negeri tidak mewakili Kerajaan Persekutuan dan juga sebaliknya. Mungkin sebelum JDA termaktub, Kerajaan Kelantan boleh bergantung kepada perjanjian antara Petronas dan Kelantan. Namun selepas kehadiran JDA, posisi Kelantan harus dikaji semula.

Adalah tidak adil jika kita kembali menyorot perjanjian asal tersebut kerana selepas perlaksanaan JDA 1990, hasil petroleum telah dibahagi samarata 50-50 antara Malaysia dan Thailand.

Kerana itulah ia dinamakan wang ehsan. Ehsan bermaksud kerajaan persekutuan memberikan wang tersebut atas budi bicara dan bukan kerana hak negeri Kelantan.


DR SIDDIQ AZANI UIAM

CCTV :- Kepada TGNA lihatlah FAKTA ini! Bukalah pintu hati untuk melihat KEBENARAN!