Rabu, 7 Mei 2014

Setelah Sekian Lama MCA Menang Atas Tiket Orang Melayu Kini Mahu Keluar BN

Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA akan mengkaji kedudukan mereka dalam gabungan tersebut jika UMNO menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Ka Siong berkata MCA kekal dengan pendiriannya untuk mempertahankan perlembagaan negara seperti mana tindakan mereka mempertahankan kontrak sosial yang telah dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan.
"Kalau perkara tersebut berlaku, sudah tiba masanya kita bincang kedudukan kita dalam Barisan Nasional," katanya ketika menjadi ahli panel Wacana Sinar Harian yang bertajuk, "Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Sultan Muhammad ke V, Bangunan Karangkarf, di sini, pada Rabu.
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu juga berkata, MCA tidak pernah menolak Islam tetapi pihaknya mempertikaikan hukum hudud yang cuba dibawa oleh PAS.
"Itu pandangan MCA yang amat jelas, kita bukan anti Islam atau menolak Islam, cuma macam saya, saya tidak percaya dengan hukum hudud PAS," katanya.
MCA sepatutnya berterima kasih kepada umno dan orang Melayu yang selama ini membenarkan mereka menjadi rakan bersama dalam pentadbiran kerajaan.

Kemenangan MCA dalam semua Dun dan Parlimen juga dipengaruhi oleh pengundi Melayu bukannya pengundi cina. BN memberi ruang kepada MCA untuk menang dikawasan majoriti Melayu.

Sejak tahun 1955 MCA telah menumpang tuah 90% orang Melayu ketika itu dari 52 kerusi 17 diperuntukkan kepada MCA.


MCA sepatutnya lebih menghormati orang Melayu bukannya bertindak seperti parti cauvinist DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan