Sabtu, 28 April 2012
KENYATAAN BODOH DARIPADA PENGANJUR BERSIH 3.0
"Itu bukan sesuatu yang kami galakkan, ia bertentangan dengan apa yang kami nak lakukan...kami tak tahu apa yang buatkan mereka melanggar penghadang - Ambiga
BERANI BUAT TAPI TAK BERANI NAK BERTANGUNGJAWAB!!!
Pada kami kata tak ada laungan anti atau pro parti politik. Kita telah keluarkan garis panduan bahawa tak ada sesiapa boleh laungkan kenyataan anti atau pro mana-mana parti politik.
"Tapi
kalau mereka buat, tak ada yang boleh kita lakukan. Kalau saya sendiri dengar,
saya akan minta mereka hentikan, tapi malangnya saya tak dengar,"
katanya.
Rabu, 25 April 2012
Sabtu, 21 April 2012
Rabu, 18 April 2012
Menjawab Dakwaan Najib Yang Bentangkan Rang Undang-Undang PTPTN
Diambil dari MyKMU.Net

Saya sengaja membiarkan seharian di blog ini sepanjang hari ini berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh budak hingusan belaan Anwar Ibrahim sepertimana yang disiarkan di blog Anwar semalam.
Kita kata PTPTN dilulus dan ditubuhkan ketika Anwar mempunyai kuasa yang besar dan PTPTN mula berkuatkuasa ketika Anwar mempunyai kuasa seorang PM ketika itu. Lihat di sini
Pendedahan tersebut telah membuatkan mereka semua tersentak, lagi-lagi apabila Tun Dr M juga turut mengulas perkara tersebut. Seperti biasalah, apa-apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka maka jalan harus dicari agar kesalahan diletakkan kepada Umno atau pemimpin-pemimpinnya.
Mereka kata Najib selaku Menteri Pendidikan pada waktu itu yang membentangkan Rang Undang-Undang PTPTN 1997 bagi membolehkan PTPTN ditubuhkan.
Ya betul….memang betul Najib yang bentangkan kerana itu terletak dibawah kementeriannya. Jadi, apa masalahnya. Dan sampai ke hari ini pun Najib masih lagi mempertahankan apa yang beliau bentang 15 tahun lampau.
Yang kita pelik dan menjadi persoalan kenapa Anwar yang berkuasa pada masa itu tidak membantah ?
Kenapa hari ini bila tiada kuasa baru nak bantah dan nak mansuhkan ?
Najib pada masa itu hanya Menteri Pendidikan sahaja. Manakala Anwar pula Menteri Kewangan dan TPM. Suara dan kuasa siapa yang lebih besar ?
Najib setakat mampu bentang sahaja. Yang nak tandatangan kelulusan penubuhan perbadanan adalah orang yang di Kementerian Kewangan.
Kalau Anwar betul-betul tak setuju dengan PTPTN, dia sebagai bos Najib pada waktu itu panggil Najib dan bincang.
Jib, I rasa kita tak boleh tubuh PTPTN ni. Kita patut bagi pendidikan percuma. Takpe, U tunggu dulu, nanti I minta Sukma Darmawan dan Munawar Anes tolong I fikirkan untuk beri pendidikan percuma kepada pelajar universiti. I sebagai Menteri Kewangan tahu duit kita ada banyak mana.
Tak boleh ke nak buat begitu ? U bosssss maaaa….
Nak seribu daya tak nak seribu dalih….
Najib sebagai Menteri Pendidikan pada masa itu tahu bagaimana susahnya ibu bapa nak hantar anak-anak belajar kerana masalah kos yuran pembelajaran. Ada yang jual dan cagar tanah. Ada yang jual atau gadai barang kemas serta macam-macam lagi. Ada tanah yang tergadai terus kerana anak yang belajar gagal separuh jalan dan seribu satu masalah lain lagi.
Memikir masalah yang dihadapi oleh ibu bapa maka Najib telah mengambil inisiatif sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk mencadangkan agar PTPTN ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan pinjaman untuk mereka yang nak belajar. Maka ibu bapa pun tidak perlu risau lagi tanah-tanah mereka akan dicagar atau dijual untuk yuran pengajian anak-anak.
Anwar jadi Menteri Pendidikan dari 1986-1990 apa yang dia buat ? Ada dia fikir pasal masalah ibu bapa yang kena gadai atau jual harta untuk anak-anak belajar ?
Lepas jadi Menteri Pendidikan, jadi pula Menteri Kewangan tahun 1990-1998, kenapa tak fikir pada masa itu bagaimana kaedah untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kepada rakyat ?
Jadi pula TPM dari 1993-1998 dan dalam masa yang sama Menteri Kewangan. Kuasa besar, duit negara berapa banyak dan dari mana sumber semuanya dalam pengetahuan dia. Kenapa tak fikir kaedah untuk beri pendidikan tinggi percuma ?
Najib jadi Menteri Pendidikan sahaja, tapi otak dia boleh berfikir dan dia tahu beban rakyat maka dia cadangkan penubuhan PTPTN untuk mengatasi masalah.
Anwar jadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan, TPM dan Pemangku PM, tak boleh nak fikir ke bagaimana untuk mengatasi beban kos pengajian tinggi ?
Jangan kata Anwar tak tahu masalah pelajar. Dia sebagai seorang budak universiti dan aktivis pelajar, segala masalah yang dihadapi student semuanya dalam poket dia, termasuklah yuran pengajian sebagai masalah paling utama. Sepatutnya apabila dia masuk ke dalam kerajaan dan dia ada kuasa, itu yang perlu dia fikirkan dulu dan cari jalan penyelesaian.
Tapi masa dia dah dalam kerajaan dan dah ada kuasa mana dia ingat lagi semua itu. Masa itu dia hanya ingat Rahim Ghouse, Nazree Abdullah, Kamaruddin Jaafar, Khalid Ahmad, Abrar, Malakoff , MRCB, Phileo Allied dan kroni-kroninya yang lain. Hari ini bila tiada kuasa baru nak berjanji dengan pelajar dan ibu bapa.
Bila kita kata dia terlibat dalam penubuhan PTPTN dan dia juga bersetuju serta meluluskan, tiba-tiba dia pusing pergi kepada Najib pula sebagai tukang cadang dan tukang bentang. Lihat di sini
Tapi sampai ke hari ini Najib masih pertahankan apa yang dia cadang dan dia bentangkan dulu. Bukan macam Anwar yang dulu setuju dan kini nak mansuh pula. Satu lagi, zaman Anwar Menteri Kewangan kadar faedah PTPTN 4 %. Zaman Najib sebagai Menteri Kewangan pula kadar faedahnya 1% sahaja.
Yang paling mustahaknya, Najib telah menyelesaikan masalah ibu bapa yang terpaksa gadai atau jual harta untuk anak-anak belajar . Manakala Anwar pula semasa ada kuasa apa pun tak buat untuk atasi masalah tersebut. Dia hanya berfikir bagaimana untuk kayakan kroninya dan selebihnya hanya Nallakaruppan serta Azmin yang tahu.
Yang paling mustahaknya, Najib telah menyelesaikan masalah ibu bapa yang terpaksa gadai atau jual harta untuk anak-anak belajar . Manakala Anwar pula semasa ada kuasa apa pun tak buat untuk atasi masalah tersebut. Dia hanya berfikir bagaimana untuk kayakan kroninya dan selebihnya hanya Nallakaruppan serta Azmin yang tahu.
Sabtu, 25 Februari 2012
Sorang lagi pemimpin PAS ditangkap KHALWAT dengan isteri orang....
Ustaz Badrul Amin di Tangkap Khalwat d Swiss Garden Hotel, Kuantan @ pada pagi 26 Feb 2012, Ustaz Badrul Amin Bahron telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan oleh Jabatan Agama Islam Pahag (JAIP). Wanita tersebut dikatakan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej di Rompin. Badrul Amin hadir di Kuantan untuk menyertai Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di hotel berkenaan.
Sabtu, 2 Julai 2011
MANA BAIKNYA PERHIMUPANAN HARAM...YANG WAR-WARKAN..
Kemakmuran dan keharmonian rakyat Malaysia adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya dan sentiasa diimpikan oleh negara – negara lain. Pun begitu , pada masa yang sama wujud pula pihak – pihak yang iri hati dan mempunyai dendam kesumat dan mahu merosakkan anugerah dan nikmat tersebut dengan sekelip mata untuk menjayakan agenda politik yang sempit. Antara tindakan tersebut adalah dengan mengalakkan rakyat bangkit dengan menyertai Perhimpunan Haram BERSIH pada 9 Julai ini, yang kononnya untuk menuntut satu pilihanraya yang bersih serta bersandarkan undang - undang. Apa yang dikesalkan, sebahagian besar yang bakal menyertai perhimpunan haram itu adalah Orang Melayu dan Islam, dan sudah tentu ia akan mengundang perpecahan dan pertelingkahan sesama bangsa dan agama.
Islam sesuai dengan namanya adalah agama yang aman dan sejahtera, tidak mencetuskan ketegangan, pergaduhan apa lagi sehingga boleh mengugat kestabilan negara. Malah, kitab – kitab Fiqh Al – Siasah menjelaskan, mewujudkan suasana yang tidak stabil dalam sebuah negara yang aman dan damai adalah haram hukumnya.Sengaja mewujudkan suasana porak – peranda seterusnya mengundang mudarat kepada orang awam juga adalah haram. Pihak yang terbabit dengan penganjuran perhimpunan haram ini tidak memikirkan risiko besar seperti ketenteraman awam dan mereka bercakap bahawa ia sekadar perhimpunan, memang mudah di ungkapkan di bibir.
Namun, apakah jaminan di sebalik ramainya yang berhimpun berdemonstrasi di jalanan itu tidak ada yang mencetuskan provokasi melampau dan boleh mengakibatkan pergaduhan besar.Sejarah telah membuktikan bahawa, perhimpunan haram ini sedikit sebanyak berlakunya perbuatan merosakkan harta benda awam,dan ini tidak termasuk merosakkan kenderaan polis. Orang awam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama berjam – jam lamanya dan sebilangan peniaga yang mencari rezeki akan hilang sumber pendapatan akibat daripada beberapa batang jalan yang terpaksa ditutup.
Jangan biarkan sifat marah menguasai diri kita, kerana sifat yang demikian adalah sifat Syaitan dan ia akan membuat seseorang itu akan hilang pertimbangan akal yang waras. Jangan benarkan kita diperalatkan oleh pihak tertentu bagi mencapai matlamat mereka untuk menghancurkan keamanan dan kestabilan Malaysia yang di bina hampir 54 tahun yang lalu dengan berpaksikan acuan perpaduan kaum dan etnik budaya yang menjadi kerukunan hidup yang luhur. Dalam hal ini, kita berpegang dan bersandarkan kepada Fiqh iaitu menolak kerosakan lebih di utamakan daripada mengambil manfaat. Jika benar pun dakwaan perhimpunan Bersih itu adalah aman, tetapi kebarangkalian berlakunya Al – Fasad ( Kerosakan ) adalah tinggi.
Peluang inilah yang ditunggu – tunggu oleh media asing, lebih – lebih lagi apabila anggota polis bertindak menahan dan memberkas mereka yang terlibat dengan menjelaskan kepada dunia bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara kepada rakyatnya yang ingin menzahirkan sesuatu yang ketidakpuasan dalam diri mereka.Agensi berita asing akan memanipulasi keadaan dan memaparkan seolah – olah Malaysia sedang berantakan. Bagi mereka yang berhujah mengadakan perhimpunan itu sebagai hak, cuba fikirkan pula hak majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.
Adakah wajar hak minoriti ditunaikan, dengan mengenepikan hak majoriti rakyat yang tersekat kebebasan mereka untuk ke sana ke sini natijahnya perhimpunan haram itu pastinya menyebabkan kesesakan lalu lintas selain banyak jalan yang terpaksa di tutup. Kerajaan tidak pernah menutup pintu rundingan. Lalu, mengapa memilih mengadakan perhimpunan haram sedangakan ia boleh membawa perpecahan umat Islam. Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang mempunyai sistem pilihanraya. Jika tidak berpuas hati, gunakan medium sedia ada untuk memilih Kerajaan, bukannya menganjurkan perhimpunan haram.Ingatlah Firman Allah dalam Surah Al – Anfaal ayat 46 yang bermaksud: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya, dan janganlah kamu berbantah – bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah sesungguhnya Allah beserta dengan orang – orang yang sabar. Meruntuhkan keharmonian dan perpaduan negara memang mudah berbanding untuk membinanya. Justeru, jangan sudah terhantuk, baru hendak terngadah.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)




