Jumaat, 11 Disember 2009

Kes Ahmad: UMNO lega, Gerakan kecewa

BUTTERWORTH 10 Dis. - UMNO Pulau Pinang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi (MT) menarik balik hukuman penggantungan selama tiga tahun yang dikenakan terhadap bekas Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim, tindakan itu wajar memandangkan Ahmad sudah pun menjalani hukuman ekoran kenyataan kontroversinya ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu.

''Kita percaya keputusan ini (menarik balik hukuman) sudah difikirkan semasak-masaknya oleh pihak MT selepas mengambil kira perkara-perkara yang wajar diberi pertimbangan.

''Dari segi kewajarannya pun, Ahmad sudah pun menjalani hukuman dan beliau masih bersungguh- sungguh untuk membantu UMNO mendekati rakyat terutamanya di Pulau Pinang," katanya semalam.

Sementara itu, Ahmad yang dihubungi menyatakan rasa syukur serta berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti berhubung perkara itu dan bertekad untuk terus membantu UMNO menabur bakti kepada rakyat negeri ini.

''Selama ini pun (dalam tempoh penggantungan) saya tetap berjuang dengan parti apabila dilantik sebagai Penasihat kepada UMNO Bahagian Bukit Bendera," katanya.

Sementara itu Gerakan Pulau Pinang kecewa dan terkejut dengan keputusan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Gerakan berpendapat keputusan tersebut bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

cctv : Aduhai Gerakan usah KECEWA degan keputusan ini, Datuk Ahmad Ismail sudah menerima HUKUMAN nya..dan beliau juga telah membuktikan KESETIAAN nya jadi terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Gerakan harus akui tanpa kerja kuat orang-orang UMNO seperti Datuk Ahmad ini tak mungkin BN akan berjaya merampas Pulau Pinang kembali kerana pada pandangan cctv, sehingga sekarang cctv masih belum nampak gerak kerja Gerakan dalam memenangi hati para pengundi Pulau Pinang. Ini dapat dilihat dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir yang lalu. Calon BN yang bertanding adalah dari UMNO bukan dari GERAKAN tapi cctv tgk langsung tiada kerja keras dari Gerakan jika dibandingkan DAP yang memberi sokongan yg tidak berbelah bagi kepada PAS bg memenangi pilihanraya tersebut. Bagi merampas kembali Pulau Pinang, Gerakan harus berubah..jangan hanya mengharapkan jentera UMNO saja yang bekerja untuk sesuatu pilihanraya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan