Isnin, 8 Mac 2010

Aduhai...Zaid Ibrahim

PETALING JAYA, 5 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera usaha 'mencuri' wakil rakyat Pakatan dan menjaga kehormatan demokrasi negara.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di kediamannya siang tadi berkata, Najib seharusnya memikirkan masa depan demokrasi negara dan bukan bertindak untuk keuntungan jangkamasa pendek kuasa Umno dan BN di Parlimen semata-mata

"Kenapa perlu kita curi sana curi sini, tak perlu lah...saya meyeru kepada perdana menteri hentikan semua ini, berikan ruang kepada demokrasi untuk hidup," katanya.

CCTV : Lupakah Datuk Zaid Ibrahim Bahawasanya Anwar Ibrahim lah satu-satunya makhluk yang telah mengajar Ahli parlimen lompat parti semata-mata hendak merealisasikan impiannya untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada tanggal 16 September ?

Tambahnya lagi, Najib seharusnya meneladani sikap perdana menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Abdullah Badawi yang didakwa pernah berpesan tidak menggunakan cara yang salah seperti membeli wakil rakyat.

"Di bawah pemerintahan Pak Lah, waktu saya masih dalam kepimpinan Umno Kelantan. Kelantan pada masa itu Barisan hanya satu atau dua kerusi kurang, Pak Lah memberi pesan tidak boleh sesekali kita menggunakan apa-apa cara yang tidak bermoral untuk suruh orang lompat ini," katanya lagi.

CCTV : Tak heran kalau Zaid Ibrahim memuji Pak Lah sbb mmg Pak Lah satu-satunya presiden UMNO yang telah membuka peluang kepada Pakatan Rakyat untuk Menang dalam PRU Ke 12. Sikap Pak Lah yang telalu " Terbuka" adalah penyebab utama golongan minoriti berani meminta yang bukan-bukan.


Episod rampasan kuasa di Perak ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu lompat jelasnya, sudah cukup menghancurkan sistem demokrasi negara dan wajar dihentikan segera.

Beliau turut mempersoal keghairahan BN yang didakwa 'mencuri' wakil rakyat bagi mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen sedangkan dalam keadaan sekarang BN sudah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membuat apa-apa keputusan.

"Apa yang gila sangat dengan dua pertiga ni untuk apa? Kenapa obses sangat?

CCTV: Siapa yang obses? bukankah Anwar Ibrahim yang obses untuk mengejar Ahli Parlimen BN hingga ke Taiwan semata2 hendak menubuhkan Kerajaan!

"Kalau kita dulu kaya sekarang kita miskin, kita kena lah sesuaikan diri dengan keadaan kita, kita tidak boleh merompak lagi untuk menjaga tahap hidup kita yang kaya," katanya.

Umno BN jelasnya perlu akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu yang telah menafikan majoriti dua pertiga parti itu di Parlimen.

Untuk mengembalikan semula penguasaan mereka, Umno BN jelasnya perlu menunggu PRU ke-13 dan bukan bertindak 'mencuri' Ahli Parlimen Pakatan.

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah dalam sejarah ada majoriti dua pertiga.”

Selain England, beliau turut memberi contoh Amerika dan Jepun yang menjadi kuasa besar bukan kerana kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen.

"Negara mereka kuat kerana pembangkang kuat, kerajaan terpaksa kreatif, tidak rasuah, kalau tidak (kerajaan) jatuh, bukan kerana dua pertiga," katanya.

CCTV : Pembangkang mereka kuat kerana pembangkang mereka hanya membangkang pada tempatnya BUKAN macam pembangkang di Malaysia yang kejenya nak membangkang sahaja walaupun maklum dan faham dasar yang dijalankan oleh Kerajaan BN adalah untuk kebaikan rakyat malaysia. Negara mereka kuat juga kerana Pembangkang mereka tak sibuk dak bawa masuk campur tangan asing macam Anwar Ibrahim yang cuba membawa kuasa asing masuk menjajah Malaysia terutama dalam badan Kehakiman negara!

1 ulasan:

  1. Zaid bukan lupa terus..Sekejap saja lupa. Nanti bila segar, dia ingat lah balik. Ataupun bila pintu UMNO terbuka untuk dia balik..

    BalasPadam