Selasa, 9 Mac 2010

MCA bersuaralah dengan selayak 15 kerusi yang MENANG!

Semua sedia maklum tentang keadaan MCA menghadapi krisis dalaman yang semakin parah & hilang sokongan daripada pengundi kaum Cina sendiri. Ini terbukti melalui keputusan PRU Ke 12, apabila MCA hanya MENANG 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

Namun adakah MCA sedar diri? Tahu di mana kedudukan mereka dalam BN?

Apabila MCA meluluskan 5 resolusi di dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya. Diantaranya ialah :-

1) meminta kerajaan menambah bilangan pengambilan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam.

2) meminta kerajaan melaksanakan sepenuhnya perubahan dan inovasi kepada struktur dan mekanisme pertadbiran Barisan Nasional (BN) supaya konsep perkongsian kuasa dapat dilaksanakan dengan berkesan.

3) menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ditawarkan semua sekolah persendirian Cina selain menyediakan peruntukan kepada sekolah terbabit supaya lebih ramai pelajar yang berbakat dapat dipupuk.

4) Kerajaan juga digesa untuk terus mengamalkan dasar pendidikan yang lebih liberal dan berbilang kaum supaya lebih banyak sekolah vernakular boleh ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam program pembangunan nasional.

5) meminta kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya ketika menilai dasar ekonomi supaya tidak menyulitkan kehidupan rakyat yang dibebani dengan pelarasan tarif air, elektrik serta tol.

6) gesaan terhadap semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mengubah suai kursus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya

7) MCA turut meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).

8) MCA menyokong penuh gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai usaha untuk mencapai satu sistem meritokrasi rakyat berlandaskan kepada keperluan penduduk dalam pentadbiran negara.

9) menyokong penuh Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melaksanakan
kedua-dua dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) untuk memperkasa prasarana kawasan luar bandar dan pedalaman selain meningkatkan taraf hidup rakyat.

Terbuktilah kepada kita semua MCA semakin tidak pernah sedar akan kegagalannya malah tidak memainkan peranan sebagai komponen BN.Dalam keadaan krisis dalaman yang berpanjangan, mereka sepatutnya menyelesaikan masalah tersebut dahulu bukannya membuat tuntutan yang bukan-bukan malah tuntutan yang mereka maklum tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan buat masa ini.


Tuntutan ini seolah-olah MCA bukan bermatlamat menarik pengundi kaum cina untuk menyokong UMNO tapi lebih kelihatan seolah-olah menimbulkan isu baru agar pengundi cina tidak menyokong BN.

Jika diteliti, UMNO bukan kalah dalam PRU Ke 12 tapi yang KALAH adalah parti komponennya iaitu MCA dan MIC. Hari ini, kita lihat hanya UMNO sahaja yang bersungguh-sungguh berusaha mengembalikan sokongan rakyat tapi MCA langsung tidak berminat kearah itu. Begitu juga dengan MIC, Gerakan dan PPP.

Kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sudah sampainya masa YAB Dato' Seri bertegas dengan MCA. Biar mereka belajar bagaimana untuk menghormati Orang Melayu yang telah banyak memberi kepada mereka. Jika Orang Melayu bercakap tentang hak, mereka dituduh RASIS tapi bagaimana pula dengan mereka?


Jika inginkan perpaduan dan keamanan hiduppelbagai kaum ini berterusan, jangan hanya orang melayu saja perlu mengalah dan bertolak ansur tapi kaum lain juga perlu menjaga sensitiviti Orang Melayu terutamanya berkenaan Hukum Islam. Tolonglah jangan masuk campur!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan